CLOSE KONTRAK HAMPIR 20K DALAM MASA SEMINGGU HANYA GUNA 1 TEKNIK PEMASARAN!

CASE STUDY : 1
Tuan Ricky Amir adalah salah seorang klien kami. Beliau menjalankan servis pest control menghapuskan anai-anai secara offline dan online menggunakan Fesbook sebagai medium pengiklanan. Anda boleh baca langkah pertama yang kami sarankan kepada beliau.
Sepertimana usahawan lain, beliau juga tidak pernah tahu bahawa menjual produk atau pun servis di Fesbook ini perlu mematuhi rukun dan tertib sebelum membawa sales masuk. Beliau tidak menyedari bahawa selama ini ‘brand awareness’ penting terutama buat usahawan yang menjalankan perniagaan secara offline.
Di Fesbook bukan sahaja cerita tentang menjual semata-mata dan tidaklah semudah yang disangka. Perlu melalui beberapa proses sebelum pelanggan membuat keputusan untuk membeli.
Baca 5 langkah ini :
  1. Proses pertama menjual jika menggunakan Fesbook sebagai platform adalah ‘bagi orang nampak’.
  2. Dalam kes beliau, kami mencadangkan beliau menyediakan satu video menarik berdurasi tidak lebih daripada 3 minit dan beberapa gambar yang menarik dimasukkan ke dalam konten.
  3. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian audien stop lebih lama daripada scroll news feed dan klik post tersebut. Ini kerana semakin lama orang berhenti melihat iklan tersebut, semakin tinggi reach view nya mengikut jangkamasa post tersebut dilihat.
  4. Perlu faham psikologi pelanggan. Perlu tahu apakah faktor-faktor yang menggalakkan prospek mesti mengambil servis atau produk kita berbanding dengan orang lain.
  5. Buat marketing secara konsisten setiap bulan, kerana orang perlu nampak iklan sebanyak 40 kali sebelum membuat keputusan untuk membeli produk atau melanggan servis. Kita sudah berapa kali bagi orang nampak iklan?
Tindakan yang anda boleh lakukan selepas membaca case study ini :
  1. Pilih ‘target customer’, kepada siapa anda mahu jual? Tentukan dengan spesifik golongan berkenaan.
  2. Selepas kenal siapa bakal pelanggan, pastikan apa yang mereka mahu lihat dan baca dalam iklan ada, bukti yang anda boleh selesaikan masalah mereka. Barulah buat post tidak syok sendiri dan asyik ‘hardsales’ sahaja.
  3. Anda perlu sedar, bahawa tidak ramai yang gemar apabila didatangi penjual, jadi jangan menjual walaupun anda sememangnya mahu menjual.
Semua ini tidaklah menjadi rahsia lagi kerana Crew Viral telah merangka satu strategi pemasaran khusus untuk mereka yang memilih Fesbook sebagai platform bisnes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *