WHATSAPP MASUK LEBIH 1000, TERUS VIRAL KEPADA 6 JUTA ORANG!

WHATSAPP MASUK LEBIH 1000, TERUS VIRAL KEPADA 6 JUTA ORANG!

 

CASE STUDY : 3
Seperti seorang klien baru kami, Tuan Ryzal Wrapzone yang sebelum ni merasakan teknik marketing yang beliau jalankan sangat slow, walaupun dah bayar dan terus bayar untuk beriklan. Sampai rasa macam tak menarik pula tawaran yang dibuat.
Tapi sebaik saja beliau tukar strategi marketing di channel yang sama iaitu masih lagi menggunakan Fesbook ini, dengan khidmat konsultansi cara beriklan yang betul dan adanya tim pemasaran Crew Viral yang agresif, boom!
Terus viral sampai terpaksa cari pekerja segera untuk layan enquiries di WhatsApp. Lebih seribu orang beratur untuk bertanyakan tentang produk wrapping kereta yang menggoda ini.
Orang awam pula tak henti-henti share dan komen memilih jenis wrapping idaman masing-masing. Enam juta viewers dalam masa tak sampai tiga hari!
Jika kita sendiri sebagai pemilik bisnes tidak tahu potensi produk dan tidak faham apa yang dilakukan, amat sukar untuk bersaing dengan yang lain apatah lagi di Fesbook.
Anda perlu tahu, setiap saat beribu-ribu post bersaing untuk mendapat tempat di news feed. Bayangkan jika iklan anda sendu dan tiada engagement (like, comment, share) ianya bakal tenggelam terus di lautan Fesbook. Fesbook akan menapis beribu-ribu post sebelum menaikkan post tersebut di news feed mereka.
Setiap channel marketing itu ada strateginya sendiri. Jika sepuluh ribu orang gunakan channel yang sama, dengan cara yang sama, bagaimana anda mahu tampil lebih menonjol?
Hakikatnya produk anda juga kelihatan samar-samar je dalam timbunan ribuan produk yang ditayangkan setiap saat.
Boleh baca 3 tip ringkas ini :
  1. Dalam kes Tuan Ryzal Wrapzone, ia adalah satu bonus pada beliau kerana mempunyai produk yang rare dan unik. Berapa ramai rakyat di Malaysia yang gemarkan produk berkaitan kereta?
  2. Masalah utama beliau ialah kekeringan idea untuk menghasilkan iklan yang ‘wow’. Kami cadangkan beliau menggunakan video pendek dan beberapa gambar produk beliau yang menarik di dalam konten sebelum kami bantu bagi orang nampak.
  3. Secara ringkasnya, boleh jual pada satu segmen sahaja tetapi boleh pelbagaikan bentuk konten, perlu kreatif untuk tarik perhatian mereka untuk membaca iklan.
Apa yang beliau dapat sebagai bonus
  • Beliau berjaya mengumpul lebih 1000 database.
  • Posting yang sama adalah ASET untuk bereksperimen dan mempelbagaikan konten yang bagaimana mampu viral.
  • Jimat kos marketing. Hanya bayar sekali sahaja, tetapi post yang sama boleh digunakan berulang kali, bila anda perlu dengan cara respond dan komen pada setiap post yang di share ke dalam group untuk aktifkan semula post tersebut. Post ini akan terus aktif naik dan bertebaran di news feed. Lebih ramai yang akan nampak dan tahu. Tertib pertama yang anda perlu buat jika bisnes menggunakan Fesbook ialah bagi orang nampak kemudian bagi orang tahu.
Kesimpulannya, pastikan dalam setiap konten kita berikan tawaran terbaik sehingga prospek merasa rugi jika tidak membeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *